Salam Pengenalan

Ahlan Wasahlan.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga bermanfaat..

Kaedah Baghdadiah

Panduan mengajar al-Quran menggunakan kaedah baghdadiah.

Saturday, January 7, 2012

KAEDAH PENGAJARAN BAGHDADIAH (muqaddam)






Pengenalan

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.   Kaedah tersebut  memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam.  Kaedah Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman.  Hanya pada tahun 1990  an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.
                                           
Kaedah Baghdadiah

Kaedah Baghdadiah ini umumnya  menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut.  Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan cara menyebut nama huruf dari    ا    hingga   ي    secara latih tubi hingga hafaz.  Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.  Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya.  Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya.  Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata.  Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.  Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`.  Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha.  Walaupun murid-murid itu belum mengenal huruf-huruf  hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek.  Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

Panduan kaedah Baghdadiah

1.         Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari  ا  hingga  ي    secara latih tubi
sehingga hafaz.
2.         Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
3.         Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di
            atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
4.         Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan ا  dan 
            ي   serta membunyikannya.
5.         Murid diajar mengeja huruf    ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.
6.         Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf  ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan “  كم  serta membunyikannya.
7.         Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.
8.         Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih.  Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
9.         Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
10.       Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas  hingga an-Naba`. 
 11.      Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-
            Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu
            menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

Thursday, January 5, 2012

Kaedah Pengajaran Iqra' Bahagian 2





APLIKASI IQRA’
BUKU IQRA’ 1
  • Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu di eja terlebih dahulu
  • Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan
BUKU IQRA’ 2
  • Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu dieja terlebih dahulu
  • Mulai muka surat 14 ,guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas perbezaan antara      bacaan panjang pendek
  • Muka surat 15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan lagu rentak nasyid agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek contoh :
ناننا ننان نننان ننا ننان
BUKU IQRA’ 3
  • Membezakan antara bunyi huruf hijaiyah baris atas ,bawah dan depan
  • Mulai muka surat 6 membezakan bacaan panjang huruf mad ا dan ي
  • Mulai muka surat 18,membezakan bacaan panjang huruf mad ا,و,ي
BUKU IQRA’ 4
  • Membezakan antara bacaan baris dua diatas ,di bawah dan di hadapan
  • Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris diatas dengan ya mati sebelumnya berbaris di bawah
  • Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris didepan dengan wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris diatas
  • Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris diatas dibawah dan di depan
  • Muka surat 14-15 cara bacaan hukum izhar Halqi
  • Muka surat 16-17 cara bacaan qalqalah
  •  Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah di baca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid
  • Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 ( hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fatah dahulu secara berulang-ulang kemudin baru diamati contoh : تك تك تك
BUKU IQRA’5
  • Cara membaca hamzah wasal bersambung ,huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2 :    والحمد ما اكتسبت
  • Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan dibaca sukun ,ms 3-5 :   نستعين    ءامين
  • Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua harakat ms 6:     وزنا      أبدا
  • Cara bacaan wakaf pada ta marbutah ditukar menjadi ha sakinah ms 7-8 :   ءانية      حامية
  • Tanda bacaan panjang (  (    lebih dari dua harakat ms 8 : لااعبد
  • Nun dan mim syaddah  ن   م dibaca dengan dengung dua harakat ms 11 :   يساء    خير
  • Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca di baca dengan dengung dua harakat ms 19-21 : بالاسم      عليهم
  • Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris diatas ,huruf lam dibaca dengan tebal  ms والله 
  • Tanda huruf selepas alif lam bacaan alif lam bacaan alif lam tidak dibaca 12-13:     ولناس
  • Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah ,huruf lam dibaca nipis 24-25 : خيرلك رءاى  من
  • Tanda mad disesusai sabdu bacaanya hendaklah dipanjangkan hingga 27 :  الضالين ولا
  • System tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya
  • Boleh dibaca dengan alunan yang sesuai dengan beramai-ramai
BUKU IQRA’
  • Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : وابقى خيرا
  • Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung dua harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9 : من بعض
  • Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikfa’ hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat ms 11-18 : جوع من
  • Tanda –tanda wakaf ms 19-20
  • Huruf dipermulaan surah di baca panjang ms 27
  • Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya

Kaedah Pengajaran Iqra' Bahagian 1




KAEDAH IQRA’
PENGENALAN
Kaedah Iqra’ diasakan oleh ustaz as’ad dari Jogjakarta ,Indonesia . Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terdahulu .Pada peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-quran ,kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris –baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samaada di atas ,dibawah atau didepan .Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati dan tasydid.
Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As'ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra. Buku-buku Iqra? sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.
Kelebihan kaedah Iqra’

I ) dapat membaca al-Quran dalam waktu yang singkat
ii) tanpa perlu mengeja murid-murid dapat menguasai bunyi huruf melalui kaedah bacaan terus.
Kelemahan kaedah Iqra’
i) tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran mengikut kaedah Iqra’
ii) tidak ada kursus intensif kepada guru
Cara mengatasi kaedah Iqra’
i) sediakan borang kaji selidik untuk mengetahui tahap pencapaian murid
ii) mewujudkan kursus ataupun latihan berterusan kepada guru al-quran
iii) kaedah pengajaran Iqra’ perlu disusun secara lengkap dan sempurna supaya tidak timbul kesalahan dalam pembacaannya.



PANDUAN MENGAJAR KAEDAH IQRA’ 


BUKU IQRA’ (1)

1.Kaedah Mengajar: Pembahagian
1.1 Cara mengajar murid aktif guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja
1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
1.3 Murid yang cergas dan aktif membantu murid yang lemah
2.  Guru memberi contoh bacaan, tidak member ulasan
3.  Sekiranya murid-murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru kita perlu mengulangi lagi.
4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkanya dengan segera dan jelas.
5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah memperbetulkanya dengan cara berikut :  1. Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya ,jika murid-murid   masih keliru juga guru perlu member peringatan seperti membaca bunyi ( ز ), guru mengingatkan sahaja ,bila tiada titiknya dibaca ( ر ) dan sekiranya murid-muridnya masih lupa, guru merti menunjukan bacaan yang sebenar.
6.Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah,murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-murid kurang fasih menyebut bunyi huruf –huruf tertentu seperti : خ , أ , د ,ق ,ذ , ع ,ز ,ظ , س , ش
7.Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan kehalaman beriku tanpa menghabiskan halaaman berkenaan.
8.penilaian guru berkenaan sebagai penilainya.


BUKU IQRA’ (2 )
  1. Panduan mengajar buku iqra’1 diguna juga dalam iqra’2
  2. Huruf-huruf  yang diulang dalam buku 1,boleh diulang semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna
  3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung ,contohnya ب بصر ,ب خطب , صبر ب ,tidak kira sama ada diawal,ditengah dan diakhir biasanya murid-murid sudah boleh membacanya.
  4. Mulai dengan muka surat 14 guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek
  5. Huruf –huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus
  6. Mulai muka surat 14 ,sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek,guru perlu menegur mengapa baca sedemikian




BUKU IQRA’ (3 )

  1. Panduan mengajar buku Iqra’ 1,nombor 1,2,3,4,7 dan 8 juga buku Iqra’2 ,nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra’3
  2. Apabila murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya ,maka tegurlah dengan membacanya dengan terputus –putus
  3. Guru tidak boleh member contoh-contoh yang sukar di ikuti oleh murid-murid
  4. Sekiranya pelajar mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti : “ وما “  ada berapa ,kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi




BUKU IQRA’(4 )

  1. Panduan mengajar buku satu ,nombor 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6 serta buku 3 ,nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4
  2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf ( sila rujuk buku 1 ms 32 )
  3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samaada di tengah atau di akhir kalimah ,guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja
  4. Untuk memudahkan ingatan ,huruf-huruf Qalqalah bolehlah dengan singkatan : جد خطب
  5. Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid
  6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid diajak membaca dengan baris fatah dahulu secara berulang-ulang kemudian baru diamati  contoh : تلك


BUKU IQRA’(5 )

  1. Panduan mengajar buku 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6,buku 3 nombor 3,4 dan buku 4, nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5
  2. Muka surat 21 ( surah al-mukminun ayat 1-11 ) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya .sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
  3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya
  4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti : idgham,ikfa’, mad dan sebagainya ,yang penting murid-murid dapat menguasai bacaan dengan betul  
  5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.


BUKU IQRA’(6)
  1. Panduan mengajar buku 1,nombor 1,2,8 dan buku 2,nombor 6 buku 3,4,buku 3,4 nombor 3 bagi buku 5 ,nombor 3,4 semuanya boleh digunakan bagi buku 6.bahan dihalaman penilaian pada buku 6,hendaklah dihafaz difahami maksudnya.
  2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6,namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya.
  3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun dengan bacaan tertil.
  4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktikal bacaan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Video pilihan

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More