Salam Pengenalan

Ahlan Wasahlan.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga bermanfaat..

Kaedah Baghdadiah

Panduan mengajar al-Quran menggunakan kaedah baghdadiah.

Wednesday, December 14, 2011

Solat Sunat Tahajud





Pengertian
Bahasa: Meninggalkan tidur
Istilah: Sembahyang dunat yang dilakukan setelahb terjaga dari tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sebentar

Waktu pelaksanaan:
Selepas solat Isyak hingga terbit fajar

Waktu afdhal:
Sepertiga malam yang terakhir kira-kira jam 3.00 pagi hingga terbit fajar

Bilangan rakaat:
Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu salam
Boleh dilakukan seberapa banyak mengikut kemampuan, bersendirian atau berjemaah

Dalil Solat Tahajud:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji



Hikmat Solat Sunat Tahajud:
1.Sentiasa mendapat pengawasan dan pemeliharaan Allah swt
2.Dipermudahkan hisab dan senang melalui titian sirat
3. Menerima buku catatan amalan dengan  tangan kanan
4. Terhindar daripada kebinasaan dan gangguan syaitan
5. Allah mudahkan urusan hidup
6. Bersemangat, berdisiplin dan mudah mengingati ilmu
7. Berwajah bersih bersinar semasa dibangkitkan di padang Mahsyar
8. Mendidik jiwa bermunajat dan melahirkan rasa takut kepada Allah
9. Melahirkan rasa seronok beribadat
10. Doa dimakbulkan dan dimurahkan rezeki





Cara Pelaksaanan Solat Sunat Tahajud


Lafaz niat:
 اُصَلِّي سُنَّة  التَهَجُّدِ  رَكعَتَينِ  لِلّهِ تَعَالَى                                      
"Sahaja Aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala."
Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram  :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun  1 kali atau mana-mana surah 
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

Pada  Rakaat Kedua 
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat  Akhir

Memberi Salam

Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa  dengan lafaz  memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah  hajat kepada Allah mengikut keinginan  masing-masing  seperti  memohon kejayaan  cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dan lain-lain.
c. Doa solat Tahajud: 



Perbezaan Solat Sunat Tahajud dengan Solat Sunat Hajat

Solat Tahajjud
Tujuan: Dilakukan sebagi memulakan 
ibadat waktu malam

Solat Hajat
Tujuan: Dilakukan kerana memohon bantuan
Allah agar menunaikan sesuatu hajat


Solat Tahajjud
Masa: Setelah jaga daripada tidur pada
 waktu malam

Solat Hajat
Masa: Pada waktu malam dan boleh
 juga dilakukan pada waktu siang


Solat Tahajjud
Pelaksanaan: Afdhal[lebih baik] dilakukan 
secara bersendirian

Solat Hajat
Pelaksanaan: Boleh dilakukan sendirian atau 
berjemaah bergantung kepada hajat


Salam Pengenalan


 Assalamualaikum dan salam muhibbah...
InsyaAllah di dalam blog ini akan dipaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pendidikan semasa khususnya subjek Pendidikan Islam. Semoga dengan usaha ini dapat menjadikan wadah ini sebagai sesuatu yang bermanfaat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video pilihan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More